Wednesday, March 16, 2011

saga proton enjin campro mendapat anugerah

Dalam Anugerah Kecekapan Bahan Api Asian Auto - Bosh 2008, Proton Persona telah memenangi tempat pertama dalam kategori Kereta Keluarga, dengan penggunaan bahan api purata yang dilaporkan sejumlah 6.6 L/100 km

Tuesday, February 22, 2011

saga proton enjin campro

 enjin campro saga proton

Enjin Campro ialah enjin kereta pertama yang dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia, Proton dengan

kerjasama Lotus[1]. Nama Campro ialah kependekan bagi Cam Profile (Profil Sesondol). Enjin ini digunakan

dalam model-model kereta Proton bermula dengan Proton Gen-2 diikuti model-model lain termasuk Proton 

Satria Neo, Proton Waja dan Proton Persona. Enjin ini dibina sebagai membuktikan kemampuan Proton untuk

membina enjin yang berkuasa dan mematuhi piawaian emisi yang ketat.

Wednesday, February 9, 2011

saga proton waja

sejarah

Pembangunan Proton Waja bermula pada penghujung dekad 1990-an bersama-sama enjin Campro tetapi enjin tersebut masih dalam peringkat pembangunan semasa Proton Waja dilancarkan, oleh itu Proton menggunakan enjin 4G18 dari Mitsubishi untuk digunakan pada Waja. Ia dilancarkan pada Ogos 2000 bersama-sama dengan logo korporat baru Proton.
Pada tahun 2002, varian 1.8L dilancarkan, digerakkan oleh enjin Renault F4P yang turut digunakan pada kereta Renault Laguna II. Ia menawarkan teknologi pandu-dengan-wayar (drive-by-wire) serta pemasaan injap boleh laras, tetapi pengeluaran dihentikan tahun berikutnya berikutan kurangnya jualan di kalangan pembeli tempatan yang lebih biasa dengan enjin buatan Jepun daripada enjin buatan Eropah.
Pada penghujung 2005, Proton memperkenalkan satu lagi varian eksklusif yang dikenali sebagai Proton Waja Chancellor yang turut digunakan oleh para perwakilan negara-negara ASEAN semasa persidangan di KLCC sebelum pelancarannya. Model tersebut menggunakan enjin 6A12 2.0L V6 yang turut digunakan pada Proton Perdana.
Hanya pada tahun 2006 barulah enjin Campro digunakan pada Proton Waja. Enjin tersebut lebih berkuasa sedikit daripada yang digunakan pada Proton Gen-2 disebabkan sistem kemasukan udara yang berbeza serta ECU yang dipeta semula. Pada tahun 2008 pula, Proton Waja kini digerakkan oleh enjin Campro CPS yang lebih berkuasa serta dilengkapi sistem pemasaan injap boleh laras.
Proton Waja mengalami perubahan rupa bentuk sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2006 dan pada tahun 2007. Model tahun 2007 turut menyertakan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD yang sebelum ini menjadi ciri pilihan dalam model sebelumnya sebagai ciri utama.

Sunday, February 6, 2011

saga proton

 proton waja

Proton Waja, juga dipanggil Proton Impian di Eropah, merupakan kereta sedan keluaran syarikat automotif nasional Malaysia, Proton, yang juga merupakan kereta pertama direka sendiri tetapi dengan casis yang direka berpandukan casis Mitsubishi Carisma. Dilancarkan pada Ogos 2000, Proton Waja menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada penghujung tahun 2005, satu lagi varian eksklusif Waja dengan tapak roda yang lebih panjang iaitu Proton Waja Chancellor dilancarkan, digerakkan oleh enjin 6A12 2.0L V6 yang turut digunakan pada Proton Perdana.

Wednesday, January 26, 2011

Wednesday, January 19, 2011

saga proton

Prestasi jualan

Sehingga 4 Oktober 2007, 18,000 tempahan dibuat sejak 15 Ogos 2007. Sambutan pengguna yang amat menggalakkan sedikit sebanyak telah memulihkan imej dan kedudukan Proton di dalam pasaran Malaysia memandangkan sebelum ini Proton sering berhadapan dengan kritikan mengenai isu kualiti serta persaingan dengan Perodua. Namun demikian, sambutan hangat terhadap model Persona pula mengakibatkan kemerosotan jualan model-model Proton Gen-2 dan Proton Waja. Penggunaan enjin Campro CPS pada kedua-dua model berkenaan pada Mac 2008 telah memulihkan kembali jualan model-model tersebut, sekaligus meletakkan model Waja dan Gen-2 ke kelas yang tersendiri.
Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim berkata, Persona akan dieksport ke Singapura. Sejak 1989 , lebih 22,000 Proton terjual di Singapura.

[sunting] 2008 Proton Persona SE

Proton Persona SE
Proton melancarkan edisi khas sempena Merdeka bagi Proton Persona, dipanggil Proton Persona SE pada 26 Ogos 2008. Proton Persona SE mempunyai kit badan baru, rim aloi baru, pemegang pintu serta gril hadapan berwarna perak "matte", kemasan kulit dalaman serta sistem navigasi GPS.[1]

[sunting] Anugerah

Dalam Anugerah Kecekapan Bahan Api Asian Auto - Bosh 2008, Proton Persona telah memenangi tempat pertama dalam kategori Kereta Keluarga, dengan penggunaan bahan api purata yang dilaporkan sejumlah 6.6 L/100 km.[2]

Friday, January 14, 2011

proton person SE

2008 Proton Persona SE

Proton Persona SE
Proton melancarkan edisi khas sempena Merdeka bagi Proton Persona, dipanggil Proton Persona SE pada 26 Ogos 2008. Proton Persona SE mempunyai kit badan baru, rim aloi baru, pemegang pintu serta gril hadapan berwarna perak "matte", kemasan kulit dalaman serta sistem navigasi GPS.[1]

[sunting] Anugerah

Dalam Anugerah Kecekapan Bahan Api Asian Auto - Bosh 2008, Proton Persona telah memenangi tempat pertama dalam kategori Kereta Keluarga, dengan penggunaan bahan api purata yang dilaporkan sejumlah 6.6 L/100 km

Sunday, January 9, 2011

saga proton

prestasi jualan proton persona

Sehingga 4 Oktober 2007, 18,000 tempahan dibuat sejak 15 Ogos 2007. Sambutan pengguna yang amat menggalakkan sedikit sebanyak telah memulihkan imej dan kedudukan Proton di dalam pasaran Malaysia memandangkan sebelum ini Proton sering berhadapan dengan kritikan mengenai isu kualiti serta persaingan dengan Perodua. Namun demikian, sambutan hangat terhadap model Persona pula mengakibatkan kemerosotan jualan model-model Proton Gen-2 dan Proton Waja. Penggunaan enjin Campro CPS pada kedua-dua model berkenaan pada Mac 2008 telah memulihkan kembali jualan model-model tersebut, sekaligus meletakkan model Waja dan Gen-2 ke kelas yang tersendiri.
Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim berkata, Persona akan dieksport ke Singapura. Sejak 1989 , lebih 22,000 Proton terjual di Singapura.

Saturday, January 8, 2011

saga proton persona

Perasmian

Model ini dilancarkan pada 15 Ogos 2007 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah , Pengerusi Proton Holdings Bhd, Datuk Mohammed Azlan Hashim dan Pengarah Urusan Proton , Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.

ciri ciri

Kereta ini merupakan model sedan berasaskan model sebelum ini, Proton Gen-2. Reka bentuk dalaman Gen-2 telah diubah sedikit untuk disesuaikan untuk pembeli kereta keluarga yang sebelum ini lebih berbentuk sporty.
Enjin Campro yang digunakan adalah sama dengan enjin model sebelumnya iaitu berkuasa 82kW unit cuma berbeza dari beberapa aspek seperti transmisi dan lain-lain.
Persona yang menggunakan enjin Campro 1.6 liter. Ada 7 pilihan warna iaitu putih (solid white), merah (solid red), hitam (tranquility black), perak (iridescent white), kelabu (metal grey), emas (light gold) dan ungu (blueberry tea).
Harga jenis B-line ialah RM44,999 . Jenis M-line ialah RM52.800 dan jenis H-line ialah RM55,800 sebuah.
Pada tahun 2008, Proton Persona mula dilengkapi dengan enjin Campro IAFM, bagi mengatasi masalah kekurangan kilasan yang dihadapi pada kelajuan enjin antara 2,500 ~ 3,500 rpm

Thursday, January 6, 2011

Proton Persona

 Tentang Proton Persona Keluaran Proton.

Proton Persona merupakan kereta sedan yang dihasilkan oleh pengeluar kereta kebangsaan Malaysia,

Perusahaan Otomobil Nasional, PROTON. Ia dihasilkan bagi menggantikan model sebelumnya, Proton Wira

yang berusia 14 tahun. Di United Kingdom dan di Indonesia, model Persona ini dikenali sebagai Proton Gen-2

Persona bagi mengelak kekeliruan dengan model Proton Wira yang dipasarkan dengan nama Proton Persona di sana.

Monday, January 3, 2011

Anugerah

Sejak generasi kedua Proton Saga ini dilancarkan pada Januari 2008, model ini telah memenangi 3 anugerah automotif utama. Autocar Asean, edisi Malaysia bagi majalah kereta yang paling lama bertahan dalam sejarah telah menganugerahkan Saga baru sebagai "Pemenang Kategori Sedan / Hatchback Kecil" pada tahun 2008. Tidak lama kemudian, kereta ini dipilih sebagai "Kereta Rakyat Terbaik" oleh Anugerah Industri Asian Auto - VCA 2008[6]. Pada bulan November tahun yang sama, model generasi kedua Saga juga telah memenangi satu lagi anugerah besar dalam bidang automotif di Malaysia apabila diisytiharkan sebagai "Pemenang Kategori Kereta Peringkat Permulaan" semasa Anugerah Kereta Tahunan New Straits Times/ Maybank 2008.[7]

Sunday, January 2, 2011

generasi kedua

 kedua
 Mula diumumkan secara rasmi pada 1 Januari 2008,[4], model Saga yang berasaskan Mitsubishi digantikan dengan pengganti yang direka semula sepenuhnya, dikodkan sebagai Proton BLM (Base Line Model), juga dikenali sebagai Model Gantian Proton Saga, yang terus menggunakan nama Saga. Model generasi terdahulu akan dihentikan pengeluarannya pada Mei 2008.
Kelibat kereta tersebut mula kelihatan seawal pertengahan 2007 semasa ujian di jalan raya Malaysia, dilitupi tengan pita pelekat samaran hitam, sebelum sesi pra-tonton model tersebut mula ditawarkan pada awal 2008, diikuti dengan pelancaran rasminya pada 18 Januari 2008.[2] Proton Saga baru ini adalah model Proton paling rendah, dengan harga dalam lingkungan RM31,400 dan RM39,800 semasa pelancarannya.
Seperti generasi pertama Saga, kereta ini merupakan model kereta subkompak sedan 4 pintu dengan reka bentuk konservatif, dan turut mengekalkan sebahagian kecil reka bentuk daripada Proton Saga model tahun 2007 serta Proton Savvy, dan ia dibina berasaskan platform Proton Savvy yang dipanjangkan. Beberapa bahagian pada kerangkanya turut dibina khas bagi meningkat prestasi keselamatan semasa perlanggaran - bahagian zon remuk atau bahagian yang menyerap kebanyakan tenaga semasa perlanggaran.[5] Kereta tersebut digerakkan dengan enjin Campro yang diubahsuai, dilengkapi dengan Modul Masukan Udara Bahan Api (IAFM), serta ditawarkan dengan transmisi manual atau automatik.[5] Terdapat dua pilihan enjin bagi Proton Saga generasi kedua iaitu enjin 1.3 liter dan 1.6 liter.
Menurut seorang jurutera Proton, Proton Saga generasi kedua ini direka bagi membolehkannya ditukar kepada kenderaan gas asli (NGV) tanpa perlu banyak mengorbankan ruang but belakang bagi menempatkan tangki NGV.[5]

Saturday, January 1, 2011

Penamaan semula

pengubahsuaian struktur

Pada tahun 2001, Proton mengubahsuai sedikit bahagian luaran Iswara untuk menampakkan imej sporty dan model tersebut hanya boleh didapati dalam warna perak sahaja. Pada tahun 2003 pula, Proton sekali lagi mengubahsuai bahagian luaran Iswara dan bahagian dalamannya diberikan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital yang memuatkan tolok suhu, tolok bahan api serta odometer. Enjinnya juga ditala untuk menaikkan kuasa kudanya kepada 83 bhp. Model tersebut yang hanya didapati dalam pilihan enjin 1.3L dinamakan semula sebagai Proton Saga LMST.