Saturday, January 8, 2011

saga proton persona

Perasmian

Model ini dilancarkan pada 15 Ogos 2007 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah , Pengerusi Proton Holdings Bhd, Datuk Mohammed Azlan Hashim dan Pengarah Urusan Proton , Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.

ciri ciri

Kereta ini merupakan model sedan berasaskan model sebelum ini, Proton Gen-2. Reka bentuk dalaman Gen-2 telah diubah sedikit untuk disesuaikan untuk pembeli kereta keluarga yang sebelum ini lebih berbentuk sporty.
Enjin Campro yang digunakan adalah sama dengan enjin model sebelumnya iaitu berkuasa 82kW unit cuma berbeza dari beberapa aspek seperti transmisi dan lain-lain.
Persona yang menggunakan enjin Campro 1.6 liter. Ada 7 pilihan warna iaitu putih (solid white), merah (solid red), hitam (tranquility black), perak (iridescent white), kelabu (metal grey), emas (light gold) dan ungu (blueberry tea).
Harga jenis B-line ialah RM44,999 . Jenis M-line ialah RM52.800 dan jenis H-line ialah RM55,800 sebuah.
Pada tahun 2008, Proton Persona mula dilengkapi dengan enjin Campro IAFM, bagi mengatasi masalah kekurangan kilasan yang dihadapi pada kelajuan enjin antara 2,500 ~ 3,500 rpm

No comments:

Post a Comment